Thursday, April 2, 2015

Dreaming big

Bismillahi Rahmani Rahim


Kami melangkah selepas zuhur ke sessi percuma oleh Media Prima di Hotel Hilton KL Sentral. 



Walaupun memang tak mampu (atau belum mampu?) untuk mengeluarkan iklan di Media Prima, tetapi kami pergi dengan niat memperkembangkan ilmu Al-Quran dengan lebih meluas.. Jika syarikat-syarikat junk food, syarikat-syarikat Yahudi boleh membuat iklan meluas di seluruh negara, malah seluruh dunia, kenapa kita yang membawa mesej Islam, mesej Al-Quran, mesej dakwah dan kebaikan tidak mahu menyebarkan cinta Allah di kalangan manusia?


Jika dahulu, para sahabat mengembangkan Islam dengan berkuda, menunujukkan contoh tauladan mereka yang baik, termasuk kadang kala membawa pedang sebagai standby direject atau diperangi sewaktu berdakwah, kini antara medium paling efektif untuk berdakwah adalah media massa. 



Jika anda ingin menyumbang dan bersama kami membawa mesej al-Quran dengan professional, kreatif dan lebih meluas, mari menyumbang masa, harta, tenaga bersama iLuvQuran. 


Contact us to be part of this big dream! 

Iluvquran.com 


#iluvquran #projekdakwah #creativetahfiz #funtahfiz #memorizeQuran #membinagenerasiQuran

No comments:

Post a Comment