Monday, December 15, 2014

Kelebihan Istighfar


Sebenarnya banyak rahsia dan kelebihan istighfar. Pernah seorang shaykh menceritakan, ada pasangan yang datang kepadanya dan mengadu sudah beberapa tahun tidak mendapat anak. 

Maka shaykh tersebut menyuruhnya perbanyakkan istighfar. Pasangan tersebut kepelikan, apa kaitan istighfar dan anak. Namun akur, mereka pulang dan cuba mengamalkan istighfar. 

Selang beberapa masa, pasangan tersebut masih tidak mendapat anak, dan kembali mengadu kepada shaykh. Sekali lagi shaykh dengan penuh keyakinan menyuruh mereka lebih perbanyakkan istighfar. 

Pasangan tersebut akur dan membulatkan tekad mereka, terus menerus semakin perbanyakkan dan perhebatkan istighfar mereka. 

Selang beberapa masa, dengan kuasa Allah, mereka dikurniakan cahaya mata. 

Pasangan tersebut tertanya-tanya dari mana shaykh mendapat kashaf perkaitan antara istighfar dan mendapatkan anak. 

Shaykh tersebut tergelak kecil dan menjawab: "Ini bukan kashaf" katanya lembut. Bahkan kelebihan istighfar ini dirakamkan di dalam al-Quran.

"Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai."
(Surah Nuh: 10-12)

Jom kita perbanyakkan dan perhebatkan istighfar kita.  😄

www.iLuvQuran.com
www.facebook.com/iLuvQuran

No comments:

Post a Comment