Kelas Mengaji Kanak-kanak
Dengan wujudnya kelas mengaji kanak-kanak adalah satu bentuk pengalaman yang bermanfaat dan menyeronokkan bagi anak-anak. Ia membantu membentuk identiti dan personaliti anak-anak dengan nilai-nilai Islam yang positif dan memberi peluang kepada mereka untuk memperoleh pengalaman yang menyeronokkan dalam pembelajaran Al-Quran. Dengan memilih kelas mengaji yang terbaik bagi anak-anak, ibu bapa dapat memberi sokongan dan bimbingan yang diperlukan bagi perkembangan kanak-kanak mereka dalam agama Islam.
Kepentingan Mengikuti Kelas Mengaji
- Silibus Yang Disusun
Objektif perlu jelas untuk tahu hala tuju pembelajaran anak-anak. Dalam urusan mengaji, kelas Al-Quran atau Pusat pendidikan Al-Quran mempunyai silibus tertentu dalam mendidik anak murid.Dengan mengikuti kelas mengaji, anak-anak dapat mempelajari dan memahami Al-Quran secara sistematik dan teratur. Di Pusat pendidikan iLuvQuran, pembelajaran dilaksanakan mengikut kesesuaian umur dan kemahiran. Contoh kelas boleh lihat di sini
- Guru berkemahiran
Dalam pelaksanaan silbus, guru perlu mahir dan berpengalaman dalam pengajaran Al-Quran. Konten yang sama, tapi pendekatan berbeza mengikut umur dan kemahiran pelajar. Dengan kepelbagaiaan cara, guru berpengalaman biasanya menggunakan kaedah pengajaran yang lebih menarik dan interaktif untuk menarik minat kanak-kanak, seperti pengajaran melalui lagu, permainan, dan aktiviti, ini boleh membantu meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar mengaji. Contoh kelas boleh lihat di sini
- Perkembangan Awal Kanak-Kanak
Kanak-kanak lebih mudah belajar melalui interaksi dengan rakan sebaya. Menyertai kelas mengaji juga memberi kesan positif kepada perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif dan sosial. Melalui kelas Al-Quran yang kondusif dan selamat, pelajar dapat memabantu meningkatkan keyakinan diri dala, membaca Al-Quran. selain itu, interaksi sosial ini secara tak langsung membentuk personaliti anak-anak dan membantu mereka menjadi individu yang bertanggungjawab dan berakhlak mulia.
Perlu diingat, pendidikan Al-Quran masih di bawah tanggungjawab ibu bapa. Walaupun pelajar telah dihantar ke kelas AL-Quran, Keterlibatan ibu bapa sangat penting dalam pembangunan kemahiran membaca Al-Quran. Mereka boleh membantu anak-anak dalam membaca Al-Quran dan berlatih bersama mereka di rumah. Ini membantu membina hubungan yang lebih baik dan masa berkualiti bersama.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memilih kelas Al-Quran yang mempunyai silibus yang jelas, guru berpengalaman, suasana yang baik untuk perkembangan yang baik dalam pendidikan Al-Quran. Sebagai seorang muslim, mengaji Quran perlu diterapkan seawal yang mungkin agar anak-anak tidak terdedah dengan perkara yang kurang pentingnya.
No comments:
Post a Comment