Ramadan merupakan bulan yang istimewa bagi
umat Islam di seluruh dunia. Selain daripada berpuasa, ramadan sinonim juga dengan Al-Quran. Sebahaigan muslim akan cuba membaca Al-Quran 30 juz lengkap selama sebulan ramadan . Oleh itu, dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa
tips tentang cara untuk mencapai matlamat tersebut.
Plan dan jadualkan masa membaca Al-Quran
Pertama sekali, penting untuk merancang dan
menjadualkan masa untuk membaca Al-Quran. Ramai yang terlalu sibuk dengan rutin
harian sehingga sukar untuk meluangkan masa untuk membaca Al-Quran. Oleh itu,
dengan merancang dan menjadualkan masa yang sesuai, ia dapat membantu anda
mencapai matlamat khatam Al-Quran dengan lebih mudah.
Baca Al-Quran setiap hari
Selain daripada merancang dan menjadualkan
masa untuk membaca Al-Quran, penting juga untuk membaca Al-Quran setiap hari.
Walaupun jumlah ayat yang dibaca mungkin sedikit, namun ia tetap dapat memberi
manfaat. Dengan membaca al-quran sebagai rutin harian, akan memudahkan kita untuk kekal istiqomah membaca selepas Ramadan. Membaca Al-Quran setiap hari juga dapat membantu memudahkan proses
menghafaz.
Perbanyakkan bacaan Al-Quran
Selain membaca Al-Quran setiap hari, cuba
perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam setiap masa senggang seperti selepas solat. Jika anda hanya membaca
beberapa ayat setiap hari, cuba untuk membaca beberapa surah pada setiap selepas solat.
Ini akan membantu anda mempercepatkan proses untuk mencapai matlamat khatam Al-Quran.
Gunakan aplikasi Al-Quran
Teknologi hari ini telah memudahkan kita
untuk membaca Al-Quran dengan lebih mudah. Terdapat banyak aplikasi Al-Quran
yang boleh didapati pada telefon pintar anda. Anda boleh menggunakan aplikasi
ini untuk membantu anda membaca Al-Quran dengan lebih mudah dan cepat. Tiada alasan tiada Al-Quran kerana kini, semua hanya ada dalam gengaman anda sahaja. Jika ada masa untuk media sosial, pasti juga kita adakan masa untuk Al-Quran.
Jangan hilang fokus
Dalam melakukan ibadah, penting bagi kita untuk tenang dan tidak gopoh. Walaupun matlamat khatam Al-Quran adalah
penting, jangan terlalu fokus pada matlamat tersebut sehingga melupakan tujuan
utama membaca Al-Quran iaitu untuk mendapat keberkatan dan hidayah daripada
Allah SWT. Ada yang hendak laju, tajwid dan makhraj tidak dipedulikan. Fokuslah pada kualiti membaca dan pemahaman Al-Quran yang lebih
mendalam.
Dalam kesimpulannya, mencapai matlamat
khatam Al-Quran dalam bulan Ramadan memerlukan usaha dan pengorbanan.